CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 25, 2010

BATUK

BATUK BIASA (BRONKITIS)
ambil sepotong cikur sebesar ibu jari, garam sedikit kemudian kunyah-kunyah dan telan airnya.
sesudah 5 minit rasa gatal akan hilang.

TANDA-TANDA PENYAKIT INI
1. batuk yang kerap dan diikuti pula oleh pengeluaran kahak yang banyak
2. pernafasan seseorang itu akan terganggu dan menjadi sukar untuk bernafas
3. keadaan batuk (bronkitis) yang berpanjangan boleh menyebabkan lelah dan susut berat
badan.

CARA-CARA MENGELAK PENYAKIT INI
1. bernafaslah diudara yang segar dan bersih
2. asap rokok khususnya adalah gangguan yang paling utama bagi penghidap penyakit ini
3. elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok orang lain

BATUK REJAN PADA KANAK-KANAK
Batuk yang tidak mahu berhenti-henti yang biasanya berlaku pada kanak-kanak.
ambil air perahan daun peria dan beri minum pada anak tersebut. disebabkan air ini terlalu
pahit, kahak-kahak akan keluar. buatlah berulang kali jika perlu.

UBAT BATUK MUJARAB (ajaib)
makanlah buah kudu yang sudah masak dengan garam, di dalam masa yang tidak lama
gatal-gatal, serak dan batuk akan hilang.


BATUK BIASA
ambil daun lidah buaya, ambil isi di dalamnya, hiris halus-halus sebanyak 20gram. kemudian siramkan madu asli ke atasnya sebanyak 40cc. makanlah 2 kali sehari. buatlah selama 1
minggu.

BATUK (suara serak/kahak pahit)
ambil bawang besar 2 biji, buangkan kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin sehingga hancur,
kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 3 sudu besar, minumlah 2 kali
sehari. buat selama 2 hari berturut-turut.


0 comments: